Ganjaran Guru Besar , Guru Biasa dan AKS

28/02/2011 08:27

 Seperti dijanjikan, 586 guru besar dan 2,800 guru serta kakitangan sokongan sekolah terpilih menerima ganjaran yang diperkenalkan menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) hasil kecemerlangan meningkatkan pencapaian sekolah untuk melepasi sasaran yang ditetapkan.


Di bawah Tawaran Baru itu, guru besar menerima RM7,500, manakala lima peratus daripada keseluruhan guru sekolah terbabit menerima RM1,800 dan bakinya mendapat RM900.
 

Guru besar terbabit antara 925 atau 12.10 peratus bilangan sekolah yang layak menerima ganjaran di bawah Tawaran Baru oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) di seluruh negara pada tahun lalu.

Daripada 586 sekolah terpilih, 437 atau 74.32 peratus adalah sekolah luar bandar, selain Sekolah Kebangsaan (SK) Orang Asli, SK Khas dan Sekolah Rendah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Muhyiddin berkata, sekolah dalam kelompok pertengahan atau gagal menepati sasaran skor komposit 84 peratus atau mengalami lonjakan dari aspek kedudukan tidak akan diabaikan.